29 Februari 2012

21 Februari 2012

kerang berbulu bakar

ini adalah hidupan berspesis kerang. tiada maksud tersirat.


salam kepada semua rakyat malaysia dan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ku yang usang dan membaca hasil nukilan seorang picisan.


ini adalah entri lanjutan dari entri seks dan pavilion.

seperti yang tertulis, aku membantah sekeras-keras nya budaya seks bebas dalam masyarakat kita zaman sekarang.

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang. aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selepas itu.

selepas kau berjimak tanpa protection yang memberikan kau kepuasan maksima, secara otomatik kau di anugerahkan dengan anak luar nikah. nak buang sakit, nak lahirkan takut. saat itu secara OTOMATIK kau akan ingat Tuhan, ingat makbapak, ingat orang kampong, ingat ayat kursi, ingat jalan pegi klinik, dan segala macam ingat lagi.

bagi yang memberanikan diri dan redha, dia akan nekad untuk melahirkan bayi itu. tapi kau jangan terkejut penerimaan masyarakat terhadap bayi keturunan kau tu. dia akan di cemuh, di hina, di caci dan di aibkan sepanjang hidup nya.

ibu bapa yang tidak dapat menerima perbuatan anak sendiri jika mereka dah terlanjur sangatlah tidak boleh di terima pakai. alasan itu adalah anak haram atau anak luar nikah dan tidak melambangkan budaya timur sangat tidak patut dalam situasi ini.

atas sebab itu lah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. okey korang cuba bukakan minda dan sila fikir dalam-dalam dan cuba buang mentaliti itu.

apa yang hina nya anak luar nikah? apa salah dia? dia tak bersalah pun. perlu ke kau mencaci dan menghina dia? atas sebab apa? sebab dia anak haram? so what?? dia mintak jadi macam tu ke? kau boleh mintak nak lahir kat dalam keluarga kaya? boleh main mintak-mintak nak jadi anak raja?

fine! mak bapak dia yang salah. kau hina, kau maki lah mak bapak dia. tapi, kau kene ingat. kalau dia pegi buang bayi tu, maksudnya dah jatuh hukum membunuh. kau tak hina dia? kau tak maki dia? tetap jugak kau hina kann. jadi dari dia buang bayi tu, baik dia bela budak tu.

mentaliti masyarakat sekarang ni yang perlu di ubah. kau harus bersyukur kerana dia sanggup melahirkan dan membela anak luar nikah tu. bukan nya menghukum dengan kata-kata nista.

jadi, bagi kanak-kanak pra-matang yang kebanyakan berumur 15-24 tu, yang tak reti nak pikir masa depan, yang tak tau beza mana kulit kerang mana daging mentah, bawak-bawak la berubah okeh.

sekian.


16 Februari 2012

kehangatan tubuh jelas dirasai

aku seorang yang gagah perkasa

semua orang takut kan aku

apabila aku lapar

kau kena beri aku makanan

aku tak perlu bersusah payah mencari makanan sendiri

itu membuktikan kehebatan aku

semua orang hormat kan aku

tapi jangan ingat aku pemalas

sekarang aku sedang bekerja

oh pekerjaan ku ini sangat senang

tak susah untuk aku apply kerja

resume pun tak perlu hantar

mereka yang tawarkan aku pekerjaan ini

kerja aku cuma aktiviti harian aku seperti kawan-kawan yang lain

apabila cukup sampai masa

mereka akan memberi aku upah makan

ini membuktikan aku lakukan pekerjaan aku dengan baik

ini adalah gambar kenang-kenangan aku semasa sedang bekerja


sila klik untuk menikmati ke-hensem-an aku


errmm abaikan parut kat kepala tu

tu parut jatuh basikal masa darjah dua


sekian terima kasih.


nota lemak : siapa yang mengharapkan tajuk di atas sama dengan jalan cerita, mohon maaf ye kahkahkah

13 Februari 2012

aktiviti harian seorang petualang mengemis keredhaan dari Yang Maha Esa












ok! kesimpulan nya, aku dah makin hitam. dah HITAM!!

jadi korang jangan nak banyak tanya sebab apa aku hitam ok.



28 Januari 2012

engineer wannabe


aku bukan nak cakap besar. jauh sekali nak berlagak. memang sifat aku suka merendah diri.


aku cukup marah kalau ada orang yang berlagak dengan title Engineer. sedangkan kau belum habis belajar lagi. nak-nak pulak kalau kau tu setakat taraf diploma je.

helloooo~~!! orang yang ade degree or master pun tak berlagak okeeyy!!

dah lah berlagak, pastu pulak kau nak merendah-rendahkan orang yang bukan dari course engineering. kau boleh cakap course engineering ni susah. course lain semua senang. course lain semua tak penting. kau nak mendewa-dewakan sangat dengan engineering kau tu. ptuuiihhh!!

hello brader. lu tau tak engineering ni ade berapa cabang? okeh let me explain a little bit about engineering.

course engineering ni ada Civil Eng, Mechanical Eng, Electrical Eng. itu adalah dalam bentuk pure study. di bawahnya ada cabang-cabang seperti Safety Course, Building Structure Course, Oil&Gas, Construction Management, bla bla bla ...................... siot banyak nye nak cerita!

kau ingat kalau setakat kau dah amek course engineering, kau boleh tau semua benda? adik, banyak lagi yang kau kena belajar tahu? dari studies sampai lah kerja. dalam bidang construction, orang yang dah berpengalaman 20 tahun pun tak berani cakap yang dia terer pasal construction. 20 tahun bai!! kau belajar pun tak habis lagi kau dah nak cerita pasal engineering? ptuuiihhh!!

"tapi course lain mane ade belajar formula bagai tu". owwhh dont give me that bullshit la thambi. kalau diorang tak belajar formula-formula pun, kau ingat diorang tak power ke? kau bole buat keje akauntan? bole keje jadi mekanik? bole jadi i.t designer? ade pulak yang jadi artis lagi. kau bole buat semua tu? kau ni jin ke ape?

setiap orang ade specialist masing-masing. ikut diorang la nak belajar ape pun. ade orang dah belajar course pure science tapi kerja jadi pemberita. belajar mechanical tapi kerja web designer. hah ape cite tu?? kau tu aku tak tau la lepas habis belajar jadi ape. kau ingat senang ke nak dapat kerja?? ptuuiihh!!

kalau kau pakai kabel makbapak tok ayah kau lain cerita la. kalau tok wan kau kaya, lain cerita la. cuba kau berdiri di atas kaki kau sendiri. bina platform kerjaya kau sendiri. baru kau tau susah senang hidup kat dunia ni.



ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. nescaya hidup berkat dunia akhirat. amiinnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...